Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Produk Magika Arfgan Cleansing Flakes (MACF) di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018
Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Produk Magika Arfgan Cleansing Flakes (MACF) di Ara Partners, Taman Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Nampaknya suami pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid sudah tidak sabar lagi dengan tindakan bekas isterinya iaitu Intan Liana Saleh yang masih memuat naik status mengaitkan anak mereka di media sosial.

Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid, 30, menegur Intan yang didakwanya cuba mencari simpati selain akan menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap dirinya.

“Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta ‘makcik bawang’ buat dosa banyak-banyak.

“Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!” tulisnya di Instagram di sini hari ini.

Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid.
Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid.

Ude berkata, dia perlu menegur di laman sosial berikutan bekas isterinya itu masih melakukan perkara sama biarpun sudah beberapa kali tegur secara baik.

Katanya, teguran secara terbuka itu mungkin membuat Intan lebih faham dan untuk kebaikan semua pihak.

“Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa.

“Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak,” katanya.

Pemuzik bebas itu turut meminta masyarakat berhenti mencaci sehingga mencabar kesabaran dirinya.

“Cukup-cukuplah bulan baik ni tak payah nak maki-maki mencabar kesabaran orang. Banyak kerja lebih baik korang boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun, status tersebut sudah dipadamkan selepas hampir sejam dimuat naik.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.

Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast