Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui mati lemas selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan yang dinaiki dibawa arus deras akibat banjir kilat yang melanda kawasan ini pagi tadi.
Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui mati lemas selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan yang dinaiki dibawa arus deras akibat banjir kilat yang melanda kawasan ini pagi tadi.

KULIM – Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui mati lemas selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan yang dinaiki dibawa arus deras akibat banjir kilat yang melanda kawasan ini pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Johari Bakar, 60, dan anaknya Norsuri Danila Johari, 14, maut dalam kejadian di Kampung Baru Seberang, Sungai Kob.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, ketika kejadian, Johari bersama isteri dan anak perempuan mereka dipercayai cuba mengubah kenderaan ke kawasan yang lebih selamat bagi mengelak ditenggelami air.

Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui mati lemas selepas gagal menyelamatkan diri apabila kenderaan yang dinaiki dibawa arus deras akibat banjir kilat yang melanda kawasan ini pagi tadi.
Keadaan kenderaan mangsa yang dihanyutkan air deras ke dalam sungai.

Bagaimanapun, air dikatakan naik mendadak menyebabkan kenderaan tersebut bersama ketiga-tiga mangsa hilang dibawa arus deras ke dalam sungai.

Isteri mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri. – MalaysiaGazette