Bank Indonesia
Bank Indonesia

JAKARTA – Bank pusat Indonesia dijangka menaikkan penanda aras kadar faedahnya buat kali kedua dalam masa dua minggu, demikian menurut kaji selidik Reuters.

Jumaat lepas, Bank Indonesia (BI) mengumumkan ia akan mengadakan semakan tambahan berhubung dasar monetari pada 30 Mei ini bagi membolehkan ahli-ahli lembaga gabenor membincangkan keadaan ekonomi dan monetari negara berkenaan.

Enam belas daripada 18 penganalisis yang ditemubual Reuters pada Isnin menjangkakan BI akan menaikkan kadar utamanya sebanyak 25 mata peratusan kepada 4.75 peratus.

Pakar Ekonomi Nomura, Euben Paracuelles berkata, BI berhasrat untuk melakukan beberapa penyelerasan dasar semasa mesyuarat berkenaan.

Katanya, ketika mesyuarat luar biasa pada Ogos 2013, BI telah menaikkan kadar utama sebanyak 50 mata peratusan bagi mengekang pengaliran keluar modal.

Dalam mesyuarat yang tidak dijadualkan pada November 2014, BI turut menaikkan kadar utama sebanyak 25 mata peratusan untuk meningkatkan kadar inflasi sesuai dengan jangkaan.

Semalam, pegawai-pegawai kanan Indonesia mencari jalan untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi terbesar Asia Tenggara itu dengan fokus jangka pendeknya adalah untuk menstabilkan pasaran.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast