Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa PNB bersama media di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur di sini hari ini.
Abdul Wahid diminta mengulas masa depan ADAM50 berikutan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang kini sedang mengkaji semula projek dan dasar kerajaan BN.
Menerusi pembentangan Bajet 2018, kerajaan telah mengumumkan setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari tahun ini sehingga tahun 2022, akan dihadiahkan dana tabungan permulaan sebanyak RM200.
Dalam pembentangan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini disalurkan menerusi unit amanah saham PNB.
Dalam pada itu, Abdul Wahid turut merakam penghargaan kepada pihak media yang banyak membantu PNB menjadi masyarakat celik pengetahuan kewangan. – MalaysiaGazette