Kenderaan yang membawa Anwar Ibrahim masuk ke Istana Bukit Kayangan, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

Kenderaan yang membawa beliau tiba pukul 9.58 pagi diiringi seorang anggota polis trafik bermotosikal.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di istana itu lapan minit sebelum Anwar tiba.

Difahamkan, hadir sama pada pertemuan itu, Ahli Dewan Diraja, Tengku Sri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah.

Menurut sumber, pertemuan bersama Sultan Selangor merupakan kesinambungan kunjungan Anwar ke beberapa istana sebelum ini.

Anwar sebelum ini mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast