Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Sadik Habib bercakap pada sidang media berkenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kesan terhadap industri barang kemas di Habib Jewels, Ampang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 01 JUN 2018
Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd, Datuk Seri Meer Sadik Habib bercakap pada sidang media berkenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kesan terhadap industri barang kemas di Habib Jewels, Ampang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 01 JUN 2018

AMPANG – Habib Jewels Sdn. Bhd. menjangkakan peningkatan jualan barang kemas sehingga 30 peratus bermula hari ini sehingga pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tiga bulan lagi. 

Kata Pengarah  Urusan Habib Jewels, Datuk Seri Meer Sadik Habib ia berpunca daripada permulaan pelaksanaan sifar peratus Cukai Barangandan Perkhidmatan (GST) hari ini dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang lebih kurang dua minggu lagi. 

“Sebelum pelaksanaan  GST peningkatan jualan hampir dua kali ganda sekarang kita jangka jualan kita meningkat lagi mungkin meningkat 30 peratus kerana  dapat dilihat dari tahun 2015 hingga 2016 eksport Malaysia untuk barang kemas telah turun sebanyak 20 peratus setelah diperkenalkan GST,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Habib Jewels cawangan Ampang hari ini.

Sehubungan itu,  Meer Sadik menyambut baik pelaksanaan sifar peratus GST yang bermula hari ini apatah lagi memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan harga barang kemas emas dengan harga yang baru tanpa cukai enam peratus seperti sebelum ini. 

“Dengan ini perbezaan di antara jual beli untuk pelanggan juga akan naik. Ini adalah masa terbaik beli barang kemas tanpa GST adalah masa terbaik kerajaan buat keputusan untuk,” tambah beliau.

Beliau dalam pada itu memaklumkan harga emas ada hari ini adalah RM193 / per gram berbanding semalam RM205. 

Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan sifar peratus GST oleh kerajaan Pakatan Harapan seperti mana manifestonya sebelum ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast