Mauricio Pochettino sedang diburu Real Madrid untuk menggantikan Zinadine Zidane di penghujung musim La Liga nanti.
Mauricio Pochettino sedang diburu Real Madrid untuk menggantikan Zinadine Zidane di penghujung musim La Liga nanti.

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mula menjadi sebutan untuk menggantikan Zinedine Zidane yang meletak jawatan sebagai pengendali Real Madrid selepas membantu Real menjulang kejuaraan hatrik Liga Juara-Juara, minggu lalu.

Pochettino menegaskan, mana-mana pengurus pasti ‘tertarik’ apabila menerima tawaran daripada Real namun buat masa ini dia gembira bersama Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun penghijrahan itu agak mustahil kerana pengurus kelahiran Argentina yang berusia 46 tahun itu baru menandatangani kontrak lima tahun bersama Spurs minggu lalu.

Pochettino berkata dia komited dengan kelab bimbingannya ketika ini namun bersikap ‘buka pintu’ kepada sebarang potensi perpindahan dan bergantung kepada pengerusi kelab itu, Daniel Levy.

“Apabila Real Madrid menghubungi anda, maka anda perlu dengar apa yang mereka mahu katakan.

“Begitupun dalam kes ini, ia tidak bergantung kepada saya. Saya sudah menandatangani kontrak jangka panjang dengan Tottenham dan sangat gembira di sini.

“Saya gembira di Tottenham kerana mereka membenarkan saya bekerja mengikut cara saya dan kami membangun bersama,” kata Pochettino kepada akhbar Sepanyol, El Confidencial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast