Piala Dunia 2018 di Rusia.
Piala Dunia 2018 di Rusia.
KUALA LUMPUR – Peminat bola sepak tempatan tidak perlu mendapatkan visa untuk ke Rusia bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di negara itu bermula pertengahan bulan ini.Duta Rusia di Malaysia,Valery Yermolov berkata, mereka hanya perlu membeli tiket perlawanan dalam talian yang membolehkan mereka mendapatkan identiti peminat atau FAN-ID yang berfungsi sebagai visa untuk masuk ke negara itu.

Beliau berkata, peraturan itu turut diguna pakai untuk warga asing dan juga ekspatriat yang tinggal dan bekerja di Malaysia yang merancang untuk melakukan perjalanan ke negara itu bagi menyaksikan kejohanan paling berprestij itu.

“Penonton dikehendaki memiliki FAN-ID, dokumen identifikasi sebagai peminat bola sepak dan ia boleh didapati secara percuma dalam talian ketika menempah tiket perlawanan,” katanya memetik laporan Bernama.

Dokumen FAN-ID, yang bertindak sebagai visa, sah digunakan 10 hari sebelum Piala Dunia 2018 bermula dan 10 hari selepas perlawanan akhir.Piala Dunia 2018 akan berlangsung di 11 bandar raya di Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast