Wawa Zainal mendapat hadiah sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam daripada suaminya, Aeril Zafril.
Wawa Zainal mendapat hadiah sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam daripada suaminya, Aeril Zafril.

KUALA LUMPUR – Pelakon Aeril Zafrel membuat kejutan buat isterinya, Wawa Zainal apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Hero drama Cinta Fatamorgana ini berkongsi momen manis itu menerusi sekeping foto Wawa bersama anak-anak di sisi kereta tersebut yang telah dimuat naik di laman Instagramnya.

“Hadiah sebab selama ni jaga saya dan tak pernah mengeluh jaga anak-anak saya.

“Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepada dan dari seseorang. Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada ALLAH,” tulis Aeril pada kapsyen foto tersebut.

Hadiah itu adalah sempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5 serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast