Gopal (kanan) mencadangkan Idrus (kiri) dilantik sebagai Peguam Negara.
Gopal (kanan) mencadangkan Idrus (kiri) dilantik sebagai Peguam Negara.

KUALA LUMPUR – Bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Peguam Negara, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan jawatan itu diberikan kepada bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Idrus Harun.

Katanya, cadangan itu turut mendapat persetujuan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang menyifatkan Idrus antara individu paling layak sebagai Peguam Negara yang baharu.

“Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali selepas Pakatan Harapan (PH) menang, tetapi tidak memberi nasihat kepadanya mengenai pelantikan Peguam Negara,” katanya yang dipetik sebagai berkata menerusi stesen radio tempatan, hari ini.

Menurut Gopal, beliau mencadangkan Idrus kerana bekas hakim itu pernah berkhidmat di Pejabat Peguam Negara dan memahami bidang tugas sebagai Peguam Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast