KUALA LUMPUR – Impian Arsenal untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United, Marouane Fellaini secara percuma bakal menjadi kenyataan.
Ini kerana pemain antarabangsa Belgium itu akan menjadi ejen bebas pada akhir bulan ini sekiranya Manchester United gagal bersetuju dengan perjanjian baharu.
Fellaini disenaraikan skuad Belgium Piala Dunia 2018 di Rusia semalam.
Pada Mei lalu, Fellaini menuntut sekurang-kurangnya kontrak selama dua tahun untuk kekal selepas musim ini.
Namun Manchester United hanya menawarkan satu tahun dengan pilihan tambahan 12 bulan.
Wakil pemain itu telah melakukan rundingan dengan beberapa kelab sebelum ini, termasuk pasukan-pasukan dari Liga Perdana Inggeris, Turki dan Itali.
Kelab The Gunners dipercayai berminat untuk memperkukuhkan barisan tengah mereka dengan kemasukan Fellaini.
Dalam 23 penampilan musim ini, Fellaini menjaringkan lima gol.
Pemain berusia 30 tahun itu berhijrh ke Old Traffrod dari Everton pada 2013. – MalaysiaGazette