Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda (kiri) pada sidang media mengenai rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk meneruskan Koperasi Kredit untuk kemudahan bantuan kewangan di kalangan penjawat awam di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 05 JUN 2018
Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda (kiri) pada sidang media mengenai rayuan kepada kerajaan persekutuan untuk meneruskan Koperasi Kredit untuk kemudahan bantuan kewangan di kalangan penjawat awam di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 05 JUN 2018

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan meneruskan koperasi kredit yang berfungsi sebagai pemberi bantuan kewangan kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, rayuan itu disuarakan ekoran keputusan kerajaan terdahulu yang mahu sebanyak 591 buah koperasi kredit seluruh negara.

“Kami mahu mempertahankan koperasi kredit, kami berharap kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Tun Mahathir Mohamad mengekalkan terus untuk kebajikan penjawat awam yang menjadi ahli.

“Dengan cara ini dapat membantu ekonomi penjawat awam,” katanya pada sidang media di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya sebentar tadi. 

Turut hadir ialah Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Fattah Abdullah.

Menurut Azih, koperasi kredit di seluruh negara telah memberi manfaat kepada lebih sejuta kakitangan awam yang menjadi ahlinya. 

“Antara semua ahli, penjawat awam sebahagian besar semua menjadi ahli Koperasi Kredit. 

“ANGKASA dan CUEPACS bekerjasama menangani masalab ahli penjawat awam untuk memberi Koperasi Kredit memberi pinjaman keperluan rumah, sara hidup dan banyak lagi termasuklah pemilikan rumah,” tambahnya.

Justeru sebagai pendirian yang jelas berhubung perkara ini, maka  katanya, CEUPACS dan Angkasa akan akan berjumpa dengan Perdana Menteri bagi menyuarakan rayuan berhubung perkara itu selepas mesyuarat di peringkat pengurusan tertinggi diadakan. 

Terdahu pada tahun 2016, kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengkaji semula Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) (Akta 502) bagi memastikan gerakan koperasi di negara ini lebih berperanan dalam membangunkan ekonomi negara.

Langkah itu dikatakan bertujuan untuk menentukan masa depan koperasi yang bertambah maju serta meningkatkan profesionalisme dan memperbaiki imej koperasi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast