Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak mengucapkan tahniah kepada Peguam Negara dan berharap beliau sentiasa bertindak memelihara kedaulatan undang-undang.

“Pas bersedia memberikan kerjasama dalam segala perkara yang baik dan pada masa yang sama bertindak sebagai pebangkang yang konstruktif dan berperanan sebagai semak dan imbang dengan memberikan pandangan, cadangan serta membuat pendirian dalam perkara-perkara menyentuh kepentingan umum sama ada bagi umat Islam mahu pun lainya,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Istana Negara memperkenankan cadangan melantik Tommy sebagai Peguam Negara baharu menggantikan Tan Sri Apandi Ali.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast