Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 05 JUN 2018
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 05 JUN 2018

PUTRAJAYA – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 10.45 pagi.

Beliau yang berbaju kurung biru berselendang merah tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak bernombor pendaftaran WQF11 bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib.

Rosmah ditemani peguamnya kanan, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Beliau adalah individu kedua yang dipanggil SPRM berhubung siasatan kes terhadap SRC International Sdn Bhd.

SPRM pada Jumaat lalu berkata badan itu telah mengarahkan kehadiran beliau bagi membantu siasatan berhubung kes bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Arahan itu bagi mendapatkan keterangan Rosmah berhubung siasatan SPRM terhadap syarikat berkenaan.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast