Rosmah Mansor
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 JUN 2018.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghabiskan masa selama empat jam bagi mengambil keterangan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan terhadap SRC Internasional.

Datin Seri Rosmah yang hadir jam 10.45 pagi disoal siasat jam 11 pagi.

Beliau yang hadir bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib turut ditemani menantunya Daniyar Keesibayev.

Bagaimanapun Nooryana Najwa dan suaminya dilihat meninggalkan perkarangan SPRM jam 11.40 pagi selepas hampir sejam menemani ibunya.

Rosmah yang berbaju kurung biru bertudung merah tiba dengan menaiki kereta Mercedes Benz berwarna perak bernombor pendaftaran WQF11 turut ditemani peguamnya kanan, K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Beliau merupakan individu kedua yang dipanggil SPRM selepas Najib turut ditemani peguam yang sama sebelum ini.

Najib merakamkan keterangan selama 11 jam dalam dua sesi berasingan di SPRM, bermula 22 Mei lalu.

Jumaat lalu badan itu mengarahkan kehadiran Rosmah bagi membantu siasatan berhubung kes bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast