KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Dipetik melalui laman Twitternya, Ahmad Zahid berkata, beliau berharap pertemuan itu memberi kebaikan kepada semua.
“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak, saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
Selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, dan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, beliau memikul tanggungjawab itu untuk memulihkan semula parti.
Pada pemilihan UMNO akhir bulan ini, Ahmad Zahid yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datok satu-satunya calon tunggal yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden. – MalaysiaGazette