Ibu, Nor Hasimah Mohd Rahim, 38 (kiri) memakaikan baju melayu kepada anaknya, Muhammad Iman Mohd Zaki, 2 (kanan) pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018
Ibu, Nor Hasimah Mohd Rahim, 38 (kiri) memakaikan baju melayu kepada anaknya, Muhammad Iman Mohd Zaki, 2 (kanan) pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018

SUBANG JAYA – Siapa menyangka, raya seorang ibu tunggal yang baru sahaja kehilangan suami tahun lepas mendapat sedikit sinar apabila ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Khadijah Roswan dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang berumur 34 tahun berkata, bantuan perbelanjaan baju raya yang ditaja untuknya dan enam orang anaknya cukup memberi makna kepadanya.

Ibu penerima sumbangan, Khadijah Roswan, 34, pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018
Ibu penerima sumbangan, Khadijah Roswan, 34, pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018

Hidupnya yang selama setahun sebagai ibu tunggal hanya bergantung harap dengan bantuan zakat dan ahli keluarga yang sudi membantu memberi sesuap nasi kepadanya saban tahun kerana pendapatannya yang berniaga kuih kecil-kecilan tidak akan dapat menampung kos sara hidup dia dan anak-anaknya.

“Selepas suami meninggal tahun lepas, saya bergantung dengan zakat dan keluarga sahaja, saya ada buat berniaga kuih kecil-kecilan sahaja.

“Sebab itu saya sangat bersyukur ada yang membantu kalau tidak nak beraya memang dalam keadaan serba kekurangan, dengan anak kecil lagi,” katanya.

Ditanya tentang persiapannya menyambut Syawal yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi, Khadijah berkata, tidak banyak yang dilakukannya sendiri ekoran ketidakmampuannya.

Penerima sumbangan, Mohd Zarif Mohd, 16, pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018

Bagi pelajar Maahad Tahfiz Al Falahiyyah, Mohd. Zarif Mohd, 16, pula teruja menyambut raya dengan kawan-kawannya pada tahun ini.

Perkara penting yang terlintas di fikirannya semasa dimaklumkan bakal diberi peluang berbelanja secara percuma, adalah kopiah dan kasut.

“Hari ini saya dan 39 lagi kawan saya di sini dipanggil untuk memilih sendiri barang keperluan sendiri.

“Pertama kali dibawa, ditaja untuk beli barang, akan ada baju baru menjelang hari raya, hari ini saya nak beli kasut, kopiah hari ini,” ujarnya.

Hari ini Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mengadakan acara amal tahunan menerusi program ‘Shopping Raya’ dengan anak-anak yatim, keluarga yang fakir dan tidak berkemampuan di seluruh negara.

Salah satu program bantuan itu diadakan pada Sabtu di Selangor dengan lebih kurang 200 yang diberikan peluang memiliki baju raya baharu tahun ini.

Ibu penerima sumbangan, Padriah Musalib, 34, pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018
Ibu penerima sumbangan, Padriah Musalib, 34, pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018

Padriah Musalib, 34, dalam pada itu memuji sesetengah pihak yang bukan sekadar mahu meraih nama sahaja di bulan Ramadan menerusi bantuan-bantuan sebaliknya mengutamakan tanggungjawab sosial korporat untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan sepertinya.

Rezeki itu disifatkannya sebagai nikmat yang tidak ternilai.

“Wakil mereka (Pekema) datang ke rumah tengok kita macam mana jadi dari situ saya yang di bawah kategori fakir dapat bantuan ini saya bersyukur sangat.

“Saya ada anak empat orang suami saya kerja buruh. Masing-masing anak akan dapat beli baju raya, alhamdulillah sebab tidak semua orang boleh dapat saya terpilih dapat rezeki ini sangat membantu,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast