KUALA LUMPUR – Chef masakan, Puan Sri Shariffa Nisa Syed Hamid terus mengorak langkah dalam dunia masakan apabila memperkenalkan tiga perencah segera baharu bagi memudahkan golongan wanita menyediakan makanan.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Nisa Bakri berkata, perencah tersebut adalah Perencah Segera Ikan Bakar dan Perencah Segera Masala Ayam.
Jelasnya, sebelum ini, sebanyak 10 perencah segera jenama nisabakri telah berada di pasaran dan mendapat sambutan menggalakan antaranya Perencah Segera Asam Pedas dan Perencah Segera Kari Ikan.
“Antara kelebihan perencah segera baharu ini apabila menggunakan bahan semula jadi yang asli, tanpa pewarna dan tanpa MSG.
“Perencah segera ini amat mudah diguna dan cepat dimasak, memudahkan kaum wanita menyediakan makanan serta harganya amat berpatutan iaitu RM8 setiap satu.
“Lebih menarik, produk-produk nisabakri kini boleh di dapati di pasar raya Mydin,” katanya.
Produk jenama nisabakri turut menjual pelbagai jenis rempah ratus berkualiti tinggi didatangkan khas dari beberapa negara asal antaranya bawang merah India, jintan manis, lada hitam, badam dan lain-lain lagi.
Sementara itu, sebagai pelengkap resipi, Shariffa Nisa telah menghasilkan buku kompilasi resipi lebih 25 jenis menu hidangan berjudul Air Tangan nisabakri.
Beliau berkata, buku itu diterbitkan untuk panduan penggemar masakan selain sebagai rujukan bagi suri rumah yang inginkan kelainan dalam juadah yang disajikan.
“Semua ini sebahagian inisiatif saya untuk berkongsi keistimewaan makanan dan hidangan Malaysia yang amat mudah disediakan dan lazat untuk dinikmati.
“Pengenalan buku resipi masakan ini bakal menjadi pilihan ramai itu yang merupakan antara langkah ke depan bagi memperkenal produk dimiliki olehnya di samping membuka peluang kepada penggemar masakan mempelajari cara penyediaan menu masakan tempatan.
“Penghasilan buku ini juga adalah bukti kesungguhan saya mempromosikan masakan tradisi Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya yang telah berkunjung ke serata destinasi seperti London, Perancis, Thailand, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan memperkenalkan produk jenamanya sendiri.
Bagi pelanggan berminat membuat tempahan katering, memesan rempah ratus ataupun mendapatkan pelbagai produk dijual nisa bakri, hubungi 012-302 7094 (Jasmine) atau emel ke [email protected] dan juga [email protected].
Selain itu, pelanggan boleh layari Facebook di NisaBakri Zinin atau pun ikuti laman Instagram @nisabakriofficial_/ @nisabakri.malaysia untuk maklumat lanjut yang berkaitan. – MalaysiaGazette