Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid berucap pada Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Mytown Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 JUN 2018.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 156 kes kemalangan jalan raya dicatatkan berlaku semasa Ops Raya tahun lalu, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Muhammad Hamdan.

Jumlah itu menurutnya, menyaksikan peningkatan jika dibandingkan Ops Raya pada 2016 iaitu sebanyak 129 kes.

Dalam pada itu beliau memaklumkan panggilang penyelamatan pada tahun lalu juga meningkat daripada tahun 2016.

“Berasaskan analisa Ops Raya 2017, sebanyak 3,354 kes panggilan kebakaran dicatatkan berbanding hanya 2,400 kes sepanjang Ops Raya 2016.

“Jumlah panggilan penyelamatan yang diterima JBPM sepanjang Ops Raya 2017 pula meningkat keada 2,095 berbanding 1,449 pada tahun sebelumnya.

“Panggilan penyelamatan ini merujuk kepada bilangan operasi kecemasan seperti terperangkap dalam lif, terperangkap dalam bangunan atau rumah atau tersepit mesin dan lain-lain kes selain khidmat yang melibatkan nyawa,” katanya kepada berucap diMajlis Perasmian Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018.

Beliau dalam pada itu memaklumkan JBPM meletakkan seunit treler penyelamat terapung (FRT) bagi semua 18 lokasi di tiga lebuh raya sempena Ops Raya 2018 bermula 8 hingga 22 Jun ini bagi tujuan bantuan yang pantas diberikan.

Tiga lebuhraya yang dikenal pasti itu adalah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan LPT II.

“JBPM akan mengadakan Ops Raya 2018 secara bersepadu yang akan dikoordinasikan bersama-sama agensi-agensi lain selama 15 hari.

“Sebanyak tujuh orang pegawai dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bersama-sama tiga orang pegawai sepanjang Ops ini berkuatkuasa,” tambahnya.-MalaysiaGazette