Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan.
Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan.

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India atau kaum India tidak akan dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

Menurut beliau, penelitian mendapati pelan itu tidak begitu memanfaatkan masyarakat itu khususnya melibatkan golongan miskin tegar B40.

“Kami PH (Pakatan Harapan)  tidak akan membatalkan pelan induk ini. Sebaliknya kami akan mengkaji semula pelan itu supaya ia dapat membawa faedah dan pembangunan yang dinginkan untuk komuniti India khususnya B40 secara menyeluruh mencakupi semua lapangan,” katanya dipetik laporan Makkal Osai hari ini.

Pelan Induk Pembangunan itu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 April 2017 lalu bertempoh 10 tahun bagi memperkasa sosio ekonomi kaum minoriti itu.

Tegas Kulasegaran, apa yang penting untuk mereka ialah untuk memastikan pelan induk itu memanfaatkan masyarakat India supaya hak dan kepentingan mereka senantiasa terpelihara dibawah kerajaan baharu Pakatan Harapan.

“Percayalah, kami tidak menyentuh segenggam tanah pun di bawah kerajaan ini. Kami sebagai pemimpin tidak perlukan gelaran atau pingat kebesaran. Anda boleh panggil saya sebagai Kula.

“Rakyat inilah bos saya, saya hanyalah pelayan yang akan berkhidmat untuk semua,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast