Tun M lawatan kerja di Jepun.
Tun M lawatan kerja di Jepun.

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa Jepun menjadi rakan kongsi Malaysia untuk membangunkan negara Asia Tenggara.

Beliau menyuarakan pelawaan itu dalam pertemuan bersama-sama dengan pemimpin organisasi utama ekonomi negara itu.

Pada masa sama, Mahathir memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia yang dipimpinnya kini bakal menyediakan suasana perniagaan yang mesra.

“Kami tidak akan mempunyi terlalu banyak halangan atau prosedur birokrasi yang akan menghalang para pelabur asing,” menurut beliau dipetik sebagai berkata.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast