62 komputer judi online dirampas
Salah seorang pegawai polis dari Petaling jaya sedang memeriksa komputer riba disyaki digunakan utuk berjudi dalam talian semasa serbuan di Kawasan Mentari semalam.

PETALING JAYA- Polis berjaya menahan 16 orang individu tempatan disyaki terlibat dalam judi haram bandaraya itu dalam Ops Dadu oleh polis semalam.

Empat daripadanya merupakan penjaga premis haram itu dan selebihnya adalah pelanggan yang datang bermain judi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, premis itu diserbu dalam Ops Dadu sekitar 10 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Katanya tindakan licik pemilik premis haram itu cuba menghidu kehadiran polis menerusi empat komputer riba kawalan tidak berhasil kali ini.

alt ops dadu judi haram1
antara 62 komputer riba yang disyaki digunakan untuk berjudi dalam talian yang dirampas dalam serbuan Ops Dadu polis di empat premis di Petaling Jaya malam tadi

“Polis menyerbu sebanyak empat premis judi haram di kawasan Sunway Mentari disyaki beroperasi secara haram dan siasatan awal mendapati ia tidak memiliki lesen operasi yang sah.

“Hasil serbuan berjaya merampas empat buah komputer riba yang dipercayai digunakan untuk kawalan utama kehadiran pihak berkuasa.

“Turut dirampas adalah empat unit modem dan seanyak 62 unit komputer riba disyaki untuk tujuan perjudian,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Tambah beliau, seramai dua pegawai dan 10 anggota polis terlibat dalm operasi berkenaan sebagai  usaha mencegah premis judi haram terus beroperasi dan menjadi gangguan serta penyumbang masalah sosial di negara ini.

Dalam operasi sama, katanya polis berjaya merampas wang tunai dipercayai hasil perjudian sebanyak RM848.

“Kesemua yang ditahan adalah berusia dalam lingkungan 25 hingga 57 tahun. Kes akan disiasat mengikut seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” tegas beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast