Opposition demonstrators take part in a women's rally against Nicolas Maduro's government in San Cristobal, about 410 miles (660 km) southwest of Caracas, February 26, 2014. Pope Francis called on Wednesday for an end to violence in Venezuela that has killed at least 13 people and urged politicians to take the lead in calming the nation's worst unrest for a decade. The banner reads: "Resistance". REUTERS/Carlos Garcia Rawlins (VENEZUELA - Tags: POLITICS CIVIL UNREST) - RTR3FR40

CARASAS – Lebih daripada sejuta rakyat Venezuela sudah mula berhijrah ke negara jiran, Colombia sejak 16 bulan kebelakangan ini berikutan krisis inflasi sehingga kekurangan bekalan makan dan perubatan.

Agensi melaporkan, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Bogota berhubung kehadiran pendatang ke negara itu semalam, mendedahkan seramai 442,462 orang mempunyai permit tinggal yang sah manakala 376,572 yang lain tidak memilikinya menjadikan ia jumlah rakyat Venezuela seramai 819,034 orang.

“Bagi angka ini, kita perlu menambah 250,000 rakyat Colombia yang telah kembali. Jadi lebih sejuta orang memasuki negara ini dari Venezuela dalam tempoh 16 bulan lalu dan mungkin akan ada penambahan juga dalam masa terdekat,” kata kenyataan tersebut.

Bogota dan wilayah sempadan menerima paling ramai kemasukan pendatang terutamanya dari Venezuela sehingga mencatat sejarah di Colombia itu sendiri.

Baru-baru dilaporkan, kadar inflasi Venezuela me­ningkat kepada 13,799 peratus dalam tahun-tahun kebelakangan ini menjadikannya sebagai negara mempunyai kadar inflasi tertinggi di dunia.

Negara Amerika Selatan itu gagal membayar hutang negara dan kini berdepan kekurangan bekalan makanan dan perubatan walaupun menjadi salah sebuah negara yang mempunyai simpanan minyak mentah terbesar di dunia.

alt Krisis Venezuela

Kerajaan yang diterajui Pre­siden Nicolas Maduro terus mencetak wang meskipun rizab luar negara ini semakin menyusut manakala mata wang negara, bolivar hampir tidak lagi mempunyai nilai.

Laporan Badan Perundangan Suruhanjaya Pembangunan Ekonomi dan Kewangan menunjukkan ‘kadar tahunan inflasi pada April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu ialah 13,779 peratus.’

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan kadar inflasi negara ini akan meningkat kepada 13,800 peratus tahun ini.

Ketua Suruhanjaya berkenaan, Rafael Guzman berkata, Venezuela merupakan negara yang mempunyai kadar hiperinflasi tertinggi di dunia memerlukan dasar fiskal dan kadar pertukaran baharu untuk menstabilkan mata wang negara ini.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan telah mengeluarkan laporan inflasi Venezuela sejak tahun lalu apabila kerajaan tidak lagi mengeluarkan angka rasminya.

Dalam pada itu, Maduro pula tetap bertegas menyatakan Venezuela adalah mangsa perang ekonomi yang dilancarkan parti pembangkang konservatif dan kuasa besar asing seperti Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan menggulingkan beliau.- MalaysiaGazette