Najib di RTC Kuala Pahang

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hutang negara berada pada purata 50.8 peratus sahaja.

Ujarnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini merujuk kepada badan penarafan antarabangsa mengenai hutang negara.

“Hutang kita (negara) berada pada paras 50.8 peratus atau RM686 billion dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sekarang Moody (Moody’s Investors Service) mengesahkan semula bahawa asas pengiraan kami sebelum ini, jadi jika terdapat sebarang pertikaian maka ia harus dirujuk kepada agensi penarafan antarabangsa itu.

“Mereka (agensi penarafan antarabangsa) adalah pihak yang memberi dan memutuskan setiap rating penarafan kepada kita (kerajaan terdahulu), kami tidak boleh menggunakan sebarang istilah lain kerana ia harus konsisten, malah kita sentiasa konsisten sejak dahulu lagi,” katanya dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Dataran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang hari ini.

Najib berkata demikian mengulas kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang memaklumkan hutang negara kini mencecah RM1 trillion atau 80.3 peratus dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Beliau selain itu menafikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) punca kepada perangkaan yang dinyatakan Guan Eng baru-baru ini.

“Projek dan aset serta pinjaman dijamin oleh kerajaan. Projek ini adalah projek yang berdaya maju dan ia hanya akan menjadi liabiliti kepada kerajaan jika ada masalah,”tambahnya.

Semalam, Guan Eng menafikan dakwaan Najib kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba mengelirukan rakyat dengan memainkan isu hutang negara yang mencecah RM1 trillion sebaliknya kerajaan hari ini perlu menanggung hutang kerajaan yang dijamin oleh pentadbiran terdahulu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast