SEPANYOL – Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo bersetuju membayar denda £16.5 juta (RM87.5 juta) menggantikan hukuman penjara dua tahun, menurut laporan di Sepanyol semalam.
Superstar Real Madrid itu telah dikatakan mencapai persetujuan untuk menyelsaikan kes selepas dituduh menipu kerajaan dengan mengelak bayaran cukai.
Bintang antarabangsa Portugal yang kini dalam tugas kempen Piala Dunia Rusia 2018 sebelum ini dikatakan mengakui kesemua empat dakwaan penipuan ke atasnya.
Ini bererti dia tidak perlu menjalani sebarang hukuman penjara mengikut undang-undang di negara itu.
Ronaldo dikatakan menawarkan kira-kira £12.9 juta pada Jun lalu yang kemudian ditolak kerajaan itu.
Denda terkini merangkumi yuran daripada pihak berkuasa Sepanyol, denda dan komisen.
Dalam satu lagi perkembangan, bintang itu yang membuat keputusan untuk meninggalkan Los Blancos kini menerima kontrak baharu dengan pendapatan asas £425,000 seminggu ditambah dengan bonus.
Ronaldo difahamkan tidak gembira kekal di kelab itu ekoran kelekaan kelab itu melindunginya dalam isu cukai yang dihadapinya selama ini. – MalaysiaGazette