Pengusaha Bahulu Warisan Bonda, Juwaita Md Ali mengeluarkan bahulu yang siap dimasak bagi dijual kepada orang ramai di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 JUN 2018.
Pengusaha Bahulu Warisan Bonda, Juwaita Md Ali mengeluarkan bahulu yang siap dimasak bagi dijual kepada orang ramai di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Bahulu antara kuih tradisional yang masih dihidangkan di atas meja di setiap isi rumah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Teksturnya yang gebu serta sedikit rangup di bahagian kulit luar menjadikan kuih ini cukup digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

Jika sebelum ini kuih ini hanya mempunyai satu jenis rasa, peredaran zaman mencipta kelainan kepada bahulu menjadikan lebih pelbagai hasil sentuhan semasa.

Menurut pengusaha Bahulu Warisan Bonda, Juwaita Md Ali, hasilnya bereksperimen lima tahun lalu dengan adunan kuih itu, kini beliau berhasil mempelbagaikan perisa bahulu.

Pengusaha Bahulu Warisan Bonda, Juwaita Md Ali.
Pengusaha Bahulu Warisan Bonda, Juwaita Md Ali.

“Mula-mula dulu buat dengan ibu saya kemudian sambung sejak empat tahun lalu apabila ibu saya sudah tiada.

“Saya tambah perisa bahulu ini sejak lima tahun membuat eksperimen sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Hasil percubaannya, kini beliau berjaya menhasilkan bahulu Pandan Chocolate Rice, perisa Red Velvet dan Chocolate.

“Saya mula dengan Pandan Chocolate Rice, kemudian perisa Red Velvet dan Chocolate, itu antara permintaan yang tinggi.

“Sebab saya tertanya kenapa orang suka kek Red Velvet jadi saya buatlah untuk bahulu, jadi saya cuba,”katanya yang telah berniaga bahulu selama 10 tahun.

Menjelang pilihan raya setiap tahun Juwaita akan mendapat tempahan lebih 1,000 bekas bahulu dan yang paling mendapat sambutan adalah yang berperisa Pandan Chocolate Rice.

alt MGF08062018_BAHULUWARISAN_04
Juwaita Md Ali mengadun tepung, gula dan telur bagi menyediakan adunan Bahulu Warisan Bonda di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 JUN 2018.

Walaupun tempahan bertambah setiap tahun namun Juwaita tidak pernah membiarkan orang lain membuat adunan bahulunya.

Dalam masa yang sama, anak jati Kajang itu tidak menjual Bahulu Warisan Bondanya secara dalam talian kerana semua pelanggannya sudah mengenali dan tahu di mana mahu mencari beliau.

“Hari-hari bukan perayaan ada dijual bahulu, tapi menjelang perayaan ini lebih 1,000 balang saya dapat tempahan. Itu pun saya terpaksa hadkan.

“Tak sempat saya jual online, yang ada tempahan sekarang pun tidak cukup tangan sebab saya uruskan sendiri, buat secara tradisional hanya anak sahaja kadang-kadang bantu saya,” katanya lagi.

Menjadi pengusaha bahulu, Juwaita berkata, setiap tahun dia akan mengorbankan masanya di pagi raya untuk menyiapkan tempahan.

“Kadang-kadang pagi raya pun masih buat lagi, sebab memang tak sempat, tak beraya sangatlah tiap tahun apatah lagi yang menempah bahulu dari saya dari kawasan terdekat,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast