Universiti Harvard

CAMBRIDGE – Universiti Harvard didakwa melakukan diskriminasi terhadap   oleh penuntut Asia-Amerika.

Dakwaan itu dibuat oleh sebuah kumpulan bukan keuntungan yang menyaman lembaga akademik itu.

Students for Fair Admissions (SFFA) berkata, Harvard memilih pemohon dalam kalangan kulit putih, hitam dan Hispanik, meskipun mereka yang tidak memenuhi syarat berbanding pemohon Asia-Amerika.

Ia berkata, Harvard secara konsisten memandang rendah terhadap pemohon Asia-Amerika.

Dakwaan itu dinafikan oleh Harvard sambil mendakwa kadar kemasukan penuntut Asia-Amerika bertambah kepada 22.2 peratus.

Manakala kemasukan penuntut Afrika-Amerika mewakili 14.6 peratus, Hispanic atau Latin 11.6 peratus, Natif Amerika 2.5 peratus.

Penuntut kulit putih pula di bawah 50 peratus.

Dalam gerakan pengadilan di Boston, kumpulan itu menyatakan bukti yang menunjukkan Harvard “terlibat dalam keseimbangan kaum, menggunakan bangsa lebih daripada faktor ‘tambahan’, dan tidak mempunyai minat untuk meneroka alternatif neutral kaum”.

“Faktor tambahan” merujuk kepada keputusan mahkamah Amerika Syarikat mengenai tindakan afirmatif untuk membantu pemohon minoriti masuk ke kolej.

“Apa yang Harvard tidak akan mengakui adalah bahawa bangsa bukan sahaja merupakan faktor penting, ia adalah pertimbangan utama dalam mengakui Hispanik dan Afrika-Amerika,” kata SFFA.

Sebagai contoh, pemohon Asia-Amerika dengan peluang masuk 25 peratus akan memiliki peluang 35 peratus jika pemohon berkulit putih, 75 peratus jika pemohon adalah Hispanik, dan 95 peratus peluang jika pemohon Afrika-Amerika.

Bagaimanapun, SFFA tidak menyediakan pecahan bagi pemohon wanita.

Namun, Harvard menafikan dakwaan itu sambil menyatakan analisis SFFA mengelirukan. – MalaysiaGazette