SULAWESI – Seorang wanita maut ditelan seekor ular sawa gergasi ketika sedang berkebun.
Penduduk kampung melancarkan pencarian ke atas Wa Tiba, 54, selepas beliau dilaporkan hilang di Pulau Muna pada petang Khamis.
Dalam operasi mencari itu, penduduk kampung menemui seekor ular yang kembung berhampiran dengan barang milik mangsa, termasuk kasutnya dan lampu suluh.
Penduduk kampung kemudian bertindak membelah ular sepanjang 23 kaki panjang dan menemui badan Tiba masih kekal dengan pakaian tersarung.
Ular itu didapati membaham kepala mangsa terlebih dahulu.
Kawasan dipercayai tempat mangsa berkebun itu dikelilingi dasar tebing berbatu dan menjadi ‘rumah ular’. – MalaysiaGazette