KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertukar-tukar idea tentang pelbagai perkara yang bermanfaat dengan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma.
Pertemuan itu berlangsung di Putrajaya.
“Kami telah bertukar-tukar idea yang cukup bermanfaat tentang pelbagai subjek,” kata Dr Mahathir melalui Twitter beliau.