Penyerang Hirving Lozano (kiri) muncul wira Mexico apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menentang Jerman.
Penyerang Hirving Lozano (kiri) muncul wira Mexico apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menentang Jerman.

Pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano muncul wira Mexico apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-35.

Misi Jerman untuk menjadi pasukan pertama selepas Brazil pada 1962 yang berjaya mempertahankan gelaran juara Piala Dunia kini mula menjadi tanda-tanya jika tewas pada perlawanan berikutnya.

Anak buah Joachim Loew jelas tidak bernasib baik apabila sepakan percuma yang dilakukan Toni Kroos sekadar menggegar palang gol Mexico bagi menyamakan kedudukan.

Pada separuh masa kedua, Jerman melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan lawan namun Mexico terus kental bertahan.

Jerman akhirnya terpaksa menerima kenyataan gagal menemui penyudah bagi menjaringkan gol penyamaan.

Ini adalah kemenangan kedua Mexico ke atas Jerman dalam 12 perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast