Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump tidak akan sama sekali membenarkan Amerika Syarikat menjadi kem pelarian.

“Amerika Syarikat tidak akan menjadi kem pelarian. Dan, ia tidak akan menyediakan kemudahan kepada pelarian, tidak akan,” katanya di White House.

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa mengutuk dasar Trump yang disifatkan di luar kewajaran.

Tegas Trump lagi: “Anda lihat apa yang berlaku di Eropah, apa yang berlaku di tempat-tempat lain.

“Kita tidak boleh biarkan ia berlaku di Amerika Syarikat. Tidak di bawah pentadbiran saya,”.

Trump menambah, negara-negara Eropah telah membuat kesilapan besar apabila membenarkan berjuta-juta pelarian memasuki negara mereka.

Akibatnya, Canselor Jerman, Angela Merkel ditentang oleh rakyatnya akibat isu tersebut.

Merkel berada dalam pertikaian dengan menteri dalam negerinya, Horst Seehofer, yang mahu menolak migran jika pelarian itu sudah mendaftar untuk mendapatkan suaka di tempat lain di negara-negara Eropah. – MalaysiaGazette