Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar UMNO dengan alasan telah hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar UMNO dengan alasan telah hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim mengumumkan keluar UMNO dengan alasan telah hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Adik kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim buat masa ini akan menjadi calon bebas dan pada masa yang sama membayangkan untuk bersama Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) tidak lama lagi.

Keputusan untuk meninggalkan UMNO, kata Ismail, sebenarnya telah difikirkan sejak 2008 lagi.

“Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Pusat terutamanya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Maka maka saya perlu seiringan dengan Kerajaan Pusat,” katanya hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast