"Wabillahi...Watallahi. Saya tidak pernah merangkak dan bukan saya yang meminta untuk berjumpa Tun Dr Mahahthir. Dato Khairuddin yang menuduh saya penipu itulah yang sebenarnya menghubungi dan mengaturkan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir."

KUALA LUMPUR – “Wabillahi…Watallahi. Saya tidak pernah merangkak dan bukan saya yang meminta untuk berjumpa Tun Dr Mahahthir. Dato Khairuddin yang menuduh saya penipu itulah yang sebenarnya menghubungi dan mengaturkan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir.”

Itu adalah jawapan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap tuduhan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa Zahid berbohong mengatakan beliau dijemput untuk bertemu Dr Mahathir.

Di laman Facebooknya, Ahmad Zahid menegaskan, apa yang beliau katakan adalah benar dan orang luar tidak perlu masuk campur dengan membuat pelbagai andaian serta dakwaaa.

“Saya berkata benar kepada ahli-ahli UMNO. Orang luar tidak perlu masuk campur dan membuat pelbagai andaian dan dakwaan apa yang saya sampaikan demi untuk kepentingan dan kebaikan UMNO,” katanya. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/06/21/individu-temukan-zahid-tun-m-bersuara/