KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersedia menyertai debat calon Presiden UMNO anjuran Awani pada 29 Jun ini.
Bagaimanapun, beliau terpaksa bersiaran dari Bagan Datuk kerana keesokannya beliau ada mesyuarat parti di bahagiannya.
“Saya ingin imbau kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang kata perdabatan tidak perlu kerana ia soal keluarga perdebatan ahli keluarga tak perlu dibuat di depan halaman dan di tepi jalan kawasan orang lalu-lalang.
“Nanti mereka lihat kita (UMNO) ada masalah tapi jika niat bukan untuk meraikan perbedaan pendapat, berpecah tiga, saya sanggup tapi kena bersiaran dari Bagan Datuk kerana saya harus esoknya hari pengundian,” katanya dalam temubual langsung dalam segmen 100 Hari Malaysia Baharu malam tadi.
Ahmad Zahid kemudiannya bersalaman dengan moderator Astro Awani, Kamarul Baharin Haron yang menyampaikan jemputan untuk beliau bersama-sama dalam diskusi bersama dua lagi calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengakui kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 lalu satu pukulan terhebat kepada partinya.
Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerima realiti dan menjadi pemantau kepada aku janji kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Dalam pada itu, mereka harus sedar orang Melayu kini tidak bersatu dalam satu fikrah dan ia harga yang harus dibayar kerana mereka kini berada dalam ‘petak yang warnanya berlainan’.
“Kita perlu buat muhasabah, pembedahan atas usaha mereka (PH) yang menggunakan pendekatan non konvesional.
Ahmad Zahid juga menekankan hasrat menjadi calon presiden pada pemilihan kali ini merupakan amanah dan bukan ghanimah kepadanya kerana UMNO bukan lagi dalam gelanggang kuasa.
“Dulu ketika dalam gelanggang kuasa kita (UMNO) dapat banyak bantuan banyak pihak termasuk daripada sistem yang ada,” katanya.
Bagaimanapun, undi popular sekitar 46 peratus kepada UMNO dan BN beerti mereka masih ada peningkatan sokongan.
“Orang Melayu masih mendambakan UMNO dan BN..mungkin pedekatan non konvesional (PH) beri keberhasilan kepada mereka (mas PRU-14),” ujarnya.- MalaysiaGazette