TERKINI : “73 Ketua UMNO Bahagian Menang Tanpa Bertanding” – Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara 73 calon Ketua UMNO Bahagian yang diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini.

Pemangku Presiden UMNO itu berkata, kemenangan itu membuktikan demokrasi diamalkan UMNO selama ini berjalan dengan kaedah yang baik dan turut membuktikan dasar keterbukaan Majlis Tertinggi (MT) parti untuk membuka ruang kepada semua jawatan ditandingi.

Tanpa menamakan Ketua UMNO Bahagian lain yang menang tanpa bertanding, Ahmad Zahid berkata, sebanyak 191 bahagian menyaksikan pertandingan semua jawatan iaitu Ketua Bahagian, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.