MOSCOW – Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona mahu mengadakan pertemuan dengan skuad Argentina menjelang pertemuan menentang Nigeria.
Ia merupakan aksi terakhir kumpulan untuk Argentina yang kini berada dalam posisi hidup atau mati untuk layak ke pusingan kalah mati.
Argentina dibenam 3-0 oleh Croatia pada Khamis lalu.
Lionel Mwssi dan skuadnya kini menduduki tangga tercorot kumpulan D dengan satu mata sahaja di belakang Nigeria yang menduduki tempat kedua.
Argentina kendalian Jorge Sampaoli wajib menang ke atas Nigeria pada Selasa dan mengharapkan Iceland tidak menewaskan Croatia.
Ia merupakan satu-satunya keajaiban yang boleh diharapkan Argentina kali ini walaupun misnya dianggap sukar untuk berlaku.
Maradona yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan itu pada PIala Dunia 2010 menyaksikan kekalahan pasukan kepada Croatia Khamis lalu.
Dia mahu menjemput bekas pemain kebangsaan dan memberi inspirasi dan kata-kata semangat kepada skuad Argentina yang parah menjelang aksi Nigeria esok.
“Saya mahu mengadakan pertemuan dengan mereka, Pumpido, Goycochea, Claudio Caniggia, Pedro Troglio dan Passarella kalau boleh.
“Agak sukar menerima hakikat kita dimalukan 3-0 oleh Croatia. Kita perlu bangkit mempertahankan maruah negara.
“Saya sangat takut dan kecewa dengan kekalahan itu.
“Bukannya kalah kepada Jerman atau Brazil ataupun Belanda tetapi dengan Croatia sebuah pasukan yang kita sepatutnya boleh menang,” tegasnya.
Disebalik menyatakan kemarahan berikutan aksi hambar pasukan kebangsaan Argentina, legenda bola sepak itu menuding jari ke arah Presiden FA Argentina, Claudio Tapia yang didakwa sebagai punca di sebalik prestasi pasukan itu.
“Tapia adalah seorang pengkhianat dan gagal memainkan peranannya sebagai presiden yang bertanggungjawab,” bidas beliau. – MalaysiaGazette