Sebahagian rakyat Turki yang meraikan kemenangan Tayyip Erdogan dalam pilihan raya presiden dan Parlimen Turki. foto The Conversation

ANKARA – Tayyip Erdogan dan parti pemerintah, Parti AK mencapai kemenangan dalam pilihan raya presiden dan Parlimen Turki.

Erdogan memperoleh 53 peratus undi dan pesaing rapatnya, Muharrem Ince dari Parti Republik Rakyat yang mendapat 31 peratus undi.

Keputusan penuh pilihan raya Turki dijangka diumumkan Jumaat ini.

Keputusan awal itu mengatasi cabaran pilihan raya terbesar bagi pemerintahan Erdogan yang mencecah satu dekad setengah.

“Rakyat kita telah memberi kita tugas menjalankan jawatan presiden dan eksekutif.

“Saya harap tidak ada sesiapa yang akan cuba menyuarakan hasil yang boleh membahayakan demokrasi untuk menyembunyikan kegagalan mereka sendiri,” kata Erdogan dalam satu ucapan ringkas meskipun undi masih dikira.

Erdogan, 64, yang paling begitu popular dalam sejarah Turki moden. – MalaysiaGazette