KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengemukakan saman terhadap pemilik blog Toyol of Selangor kerana dakwaan fitnahnya.
“Susulan itu, Azmin telah meminta pasukan guaman memfailkan permohonan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog tersebut untuk tindakan susulan.
Ini termasuk saman kepada mana-mana paparan yang mengulangi fitnah dalam blog tersebut di media sosial dan portal.
“Tindakan undang-undang ini bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan
integriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 17 Jun lalu, blogger tersebut mendakwa Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin mempunyai banyak akaun bank di luar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Dubai, Hong Kong, India, Shanghai, China; Abu Dhabi, Australia; Zurich, Switzerland dan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette