KUALA LUMPUR – Istiadat Mengangkat Sumpah bagi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri akan berlangsung di Istana Negara pada 2 Julai ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri berkenaan daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun lalu.

“Senarai nama menteri Kabinet tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun iaitu hari Jumaat,” katanya.

Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi merujuk laporan berita yang disiarkan Malay Mail Online semalam bertajuk “Cabinet List Delay” Dr. M says ball in Agong’s court”.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara-perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata baki senarai menteri telah dimuktamadkan dan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast