NEW YORK – Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) merayu untuk tambahan dana sebanyak AS$200 juta (RM804 juta) bagi meneruskan kerja-kerja misi pelarian sehingga penghujung tahun ini.
Agensi itu melaporkan, walaupun ada beberapa badan serta pertubuhan dunia selain induvidu terpengaruh telah berikrar untuk menyumbang kepada UNRWA, namun hakikatnya masih belum mencukupi dan berdepan dengan krisis ketika ini.
Menurut Presiden Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA), Miroslav Lajcak dalam ucapatamnya melahirkan kebimbangkan berikutan pelbagai projek bakal tergendala akibat kekangan kewangan yang dihadapi agensi tersebut.
“Di Palestin, berkemungkinan besar kita tidak dapat buka sekolah pada bulan Ogos nanti, banyak lagi perkhidmatan kemanusian lain yang juga akan berdepan dengan krisis atau pemberhentian.
“Begitu juga projek kemanusian lain akan mula terjejas seawal bulan depan dan aktiviti kemanusiaan di Tebing Barat dan Gaza berdepan risiko.
“Krisis ini amat teruk dan membimbangkan, kita perlu mencari alternatif agar tidak sesiapa yang sengsara kelak,” katanya pada persidangan bersama para penderma bagi pelarian Palestin semalam di New York.
UNRWA mula berdepan krisis kewangan teruk sejak awal tahun ini apabila Amerika Syarikat menarik balik RM1 bilion juta sumbangannya.
Persidangan kali ini mengetengahkan UNRWA setakat ini mencapai separuh daripadanya sasarannya sebanyak RM1.7 bilion.
Dalam pada itu, Duta Besar AS, Nikki Haley menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali memberikan bantuan penuh sehingga rakyat Palestin bersetuju untuk kembali ke meja rundingan dengan Israel.
Semalam, beberapa negara berikrar memberi sumbangan, termasuk RM2 juta dari Mexico selain RM18 juta dari Belgium. – MalaysiaGazette