Noura Hussein. foto CNN

KHARTOUM – Mahkamah Rayuan Sudan membatalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap seorang wanita yang membunuh suaminya selepas mangsa didakwa merogolnya,

Bagaimanapun, Noura Hussein, 19, dijatuhi hukuman lima tahun penjara, kata peguam Abdelaha Mohamad.

Hukuman awal yang dikenakan terhadap Noura telah menarik perhatian dunia sehingga selebriti dunia menganjurkan kempen atas talian #JusticeforNoura yang menuntut pembebasan Noura.

Ibu Noura, Zainab Ahmed gembira dengan berita apabila anaknya terlepas daripada hukuman mati.

Bulan lalu, Mahkamah Syariah menjatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Noura disabitkan kesalahan membunuh suaminya, Abdulrahman Mohamed Hammad.

Noura mendakwa, suaminya mendapatkan bantuan daripada sepupu-sepupunya untuk merogol dia.

Wanita itu dikahwin secara paksa pada usia 16 tahun manakala suaminya berumur 32 tahun.

Dalam satu kenyataan, Amnesty International menyifatkan pembebaskan Noura daripada hukuman mati sebagai berita gembira.

Bagaimanapun, badan itu berkata, hukuman penjara yang dikenakan adalah tidak tepat sambil menggesa negara tersebut memperbaharui undang-undang perkahwinan dan perkosaan perkahwinan “supaya mangsa bukan orang yang dihukum”. – MalaysiaGazette