KUALA LUMPUR – Kumpulan Perbankan RHB (RHB) menghapuskan yuran pemindahan dana untuk pemindahan segeranya melalui RHB Now.
Katanya, langkah itu selari dengan usaha Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan sistem pembayaran tanpa tunai.
Bank Pusat itu telah memaklumkan bayaran pemindahan segera sebanyak 50 sen akan dikecualikan bagi pindahan sehingga RM5,000 bagi setiap urus niaga oleh individu serta perusahaan kecil dan sederhana.
Arahan itu akan berkuatkuasa 1 Julai ini.
Pemangku Ketua Perbankan Runcit RHB, Nazri Othman berkata, langkah itu diharapkan menggalakkan lebih ramai pengguna dan perniagaan memilih pembayaran secara digital. – MalaysiaGazette