Presiden Persatuan Pedagang ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa Persatuan Pedagang ASEAN pada sidang media mengenai perkembangan semasa Persatuan Pedagang ASEAN di Ibu Pejabat Persatuan Pedagang ASEAN, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 29 JUN 2018

PETALING JAYA – Persatuan Pedagang ASEAN (Perda-ASEAN) mahu menjadi platform utama kepada aktiviti eksport barangan buatan Malaysia agar dapat dipertingkatkan memandangkan negara ini mempunyai pelbagai produk yang berkualiti tinggi.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, langkah itu bertepatan dengan matlamat penubuhan Perda-ASEAN bagi menggalakkan kerjasama ekonomi dan industri dagangan di negara-negara Asean.

Jelas beliau, pihaknya juga berhasrat menjadi jaringan dalam meningkatkan sosial dan kebudayaan menerusi rangkaian perniagaan tanpa sempadan.

“Sebagai langkah proaktif, kami akan mengadakan perbincangan perniagaan dan bekerjasama dengan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar bagi menyokong aspirasi kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara.

“Ia selaras dengan objektif utama untuk menggalakkan kerjasama dalam industri ekonomi dan perdagangan negara-negara ASEAN, memupuk hubungan ekonomi, sosial dan budaya melalui perdagangan di negara-negara ASEAN serta meningkatkan status ekonomi para usahawan ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media di pejabat Perda-Asean di Sunway di sini hari ini. Turut hadir timbalannya, Datuk Sohaimi Shahadan.

alt MGF29062018_SIDANG MEDIA ASEAN06
Presiden Persatuan Pedagang ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir bercakap pada sidang media mengenai perkembangan semasa Persatuan Pedagang ASEAN di Ibu Pejabat Persatuan Pedagang ASEAN, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 29 JUN 2018

Perda-ASEAN ditubuhkan pada 17 April lalu dan sehingga kini memiliki seramai 100 ahli melibat dari Malaysia dan negara ASEAN lain.

Moehamad Izat menambah, pihak memuji langkah positif institusi kewangan di neagara ini yang mula tampil ke hadapan dalam menyediakan sokongan aktif bagi industri eksport.

Jelas beliau, pertemuan dan perbincangan dengan beberapa institusi mengenai isu-isu berkaitan eksport dengan bantuan pembiayaan dari pihak bank kini memberi impak positif.

Selain itu, katanya pelbagai kemudahan yang akan disediakan bukan sahaja membolehkan Perda-ASEAN meningkatkan keupayaan eksport tetapi juga membimbing dengan teliti supaya Malaysia menjadi pengeksport pintar seperti negara lain iaitu Jepun.

“Hasrat kerajaan untuk kembali memandang budaya pandang ke timur amat dialu-alukan dan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersifat baik dan bijak.

“Ketika dua negara kuasa besar Amerika Syarikat dan China asyik bertelagah, fokus kerajaan memilih Jepun tepat kerana ia sebuah negara yang tertib dan bersopan,” katanya.

Moehamad Izat turut mengalu-alu usahawan baharu untuk menyertai Perda-ASEAN dalam usaha menembusi pasaran tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk ke negara ASEAN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast