Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendahului dua lagi calon bagi pemilihan peringkat tertinggi itu.

Menurut Twitter Pemilihan UMNO 2018, Ahmad Zahid mendahului dengan 21 undi bahagian berbanding bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan 17 bahagian yang memilih beliau.

Sementara veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hanya mendapat sebanyak enam undi setakat ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mendahului dengan tujuh undi dan pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa dengan lima undi.

Menurut sumber daripada ibu pejabat UMNO, keputusan rasmi pemilihan  pemilihan kepemimpinan jawatan tertinggi UMNO bagi sesi 2018-2021 dijangka diumumkan seawal jam 1 pagi esok.

Pengumuman rasmi itu akan dibuat, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusof setelah selesai proses pengiraan undi.

“Pengumuman rasmi keputusan akan dibuat paling awal jam 1 pagi esok.

“Keputusan penuh akan diumumkan sama ada melalui sidang media atau page Umno online, sebarang keputusan awal diumumkan sebelum waktu itu adalah tidak rasmi,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Pemilihan peringkat tertinggi hari ini tidak akan dipaparkan kepada umum sebagaimana yang dibuat pada pemilihan peringkat sayap yang dibuat di Auditorium PWTC sepertimana pemilihan sayap minggu lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast