Datuk Azam Baki
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan perkara itu sambil menjelaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu telah dihubungi SPRM bagi tujuan tersebut.

“SPRM mengesahkan telah menghubungi bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk beliau menghadirkan diri ke ibu pejabat SPRM pada Isnin 2 Julai 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, Ahmad Zahid telah dihubungi SPRM pada 27 Jun lalu dan meminta beliau hadir ke SPRM pukul 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.

Hari ini Zahid dalam sidang media di Menara Dato’ Onn mengesahkan akan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) esok bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana sebuah yayasan.

Ahmad Zahid yang tidak menyatakan masa kehadirannya itu berkata, beliau akan memberi kerjasama kepada suruhanjaya tersebut.

“Saya akan beri kerjasama penuh dengan SPRM.

“Saya perjelaskan selepas keterangan saya berikan esok di SPRM,” tegasnya.- MalaysiaGazette