KUALA LUMPUR (Bernama) – Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri akan diadakan di Istana Negara, di sini hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri tersebut daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun lalu.
Katanya, senarai nama Menteri Kabinet itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun.
Pada 21 Mei lalu, seramai 13 Menteri Kabinet telah mengangkat sumpah di Istana Negara. – MalaysiaGazette