Pemain Colombia dilayangkan kad merah selepas tiga minit permainan bermula.
Pemain Colombia dilayangkan kad merah selepas tiga minit permainan bermula.

MOSCOW – Colombia dan penyokongnya di Rusia tidak gentar untuk menghadapi England pada perlawanan kalah mati kejohanan bola sepak Piala Dunia awal pagi ini.

Kempen Piala Dunia skuad bimbingan Jose Pekeman tidak menentu. Bermula dengan Carlos Sanchez dibuang padang dengan hanya bermain selama tiga minit pada perlawnanan pembukaan peringkat kumpulan menentang Jepun yang menyaksikan pasukan Amerika Selatan itu tewas 1-2.

Pada pertembungan dengan Poland di Kazan, Colombia tidak meghadapi tekanan seperti yang dialami skuad yang beraksi pada Piala Dunia 2014 di Brazil yang mana mereka disingkirkan negara tuan rumah pada aksi suku akhir.

Bagaimanapun, barisan pemain pasukan itu berdiri megah dengan mempamerkan aksi terbaik dalam peringkat kumpulan seterusnya dengan membenam Poland 3-0 sebelum menumpaskan Senegal 1-0 bagi melangkah ke pusingan kalah mati.

Lawan seterusnya ialah England di Moscow awal pagi ini. Walaupun the Three Lions dianggap pasukan pilihan, Colombia yakin terhadap kemampuan diri sendiri.

“Pasukan kami adalah pasukan yang lebih baik berbanding empat tahun lalu.

“Skuad kami bersatu, berpengalaman luas selain mempunyai barisan pemain yang lebih baik berbanding semasa di Brazil.

“Kami berpengalaman dan mempunyai kualiti yang baik. Pemain kami bermain dengan kelab terbaik, liga terbaik dan pernah bermain dalam perlawanan yang sebesar ini (Piala Dunia), oleh itu tiada apa yang akan menggerunkan kami.

“England adalah sebuah pasukan yang baik tetapi kami tidak peduli siapa lawan kami. Kami tahu kami akan berusaha sepenuhnya untuk negara selain mengambil kesempatan daripada sokongan.

“Kami sentiasa berkorban untuk negara kami. Ia adalah satu penghormatan bermain untuk Colombia,” kata David Ospina kepada pemberita.

Salah satu aspek yang ketara dalam kempen Piala Dunia Colombia ialah kelantangan sorakan penyokong mereka yang menjadikan pelawanan mereka seperti diadakan Colombia.

“Sokongan mereka amat menakjubkan. Mereka adalah inspirasi kami. Warga Colombia berada di seluruh dunia tetapi sokongan mereka berada di sini, Rusia dan ia adalah segala-galanya buat kami,” kata pemain Arsenal itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast