Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Pertuduhan berkaitan dengan SRC International selain siasatan 1Malaysia Development Berhad dan Akta Penggubahan Wang Haram yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak bermotifkan politik.

Ia juga disebabkan oleh dendam politik Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jurucakap Najib berkata, penahanan ke atas Najib oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memang sudah dijangka sejak PH mengambil alih pentadbiran negara lagi.

Ia berdasarkan ‘penyampaian hukuman bersalah’ terhadap bekas Perdana Menteri itu kepada umum.

Jurucakap itu berkata, Najib akan mencabar semua pertuduhan  dan membersihkan namanya di mahkamah.

“Insya Allah kebenaran akan terbukti,” kata jurucakap itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast