Anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz, 48, memasuki perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 1.32 petang bagi merakamkan keterangan.
Anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu dipanggil SPRM membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang memakai sut hitam bersama t-shirt kuning turun dari kereta KIA Sorento bernombor pendaftaran WC1044W berwarna Perak.
Riza dilihat ditemani beberapa orang peguam yang turut memasuki bangunan SPRM bersama beliau. Beliau hanya diam tanpa berkata apa-apa kepada media.