Datuk Ahmad Kassim
Datuk Ahmad Kassim

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ahmad, 55, dari parti PKR dilantik setelah memperoleh undi majoriti sebanyak 21 daripada 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM-Jitra) dan disokong oleh Datuk Dr. Ismail Salleh (Parti Amanah Negara-Pengkalan Kundor).

Sementara calon daripada pembangkang, Datuk Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah memperoleh sebanyak 15 undi.

Nama beliau dicalonkan oleh Muhammad Sanusi Md. Noor (Pas-Jeneri) dan disokong oleh Datuk Siti Aishah Ghazali (Pas-Merbau Pulas).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pakatan Harapan melalui empat parti gabungannya iaitu PKR, PPBM, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP memperoleh 18 kerusi daripada keseluruhan 36 DUN yang dipertandingkan, manakala Pas (15) dan tiga kerusi milik Barisan Nasional. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast